Followers

Wednesday, October 10, 2012

Program Restu PMR 2012 - 4 Oktober 2012
































                 Pada hari ini telah diadakan Program Restu PMR 2012 untuk calon2 PMR yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada 9 Oktober 2012. Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sungai Kob iaitu En. Bakhori bin Yob. Majlis juga turut dihadiri oleh sebahagian guru-guru matapalejaran yang mengajar di tingkatan 3. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini...

Monday, October 08, 2012

Semoga Berjaya...!!!

Assalamualaikum...rasanya dah lama sangat cikgu tak update blog UBK ni...nampak berhabuk dah...hihi.Hmmm...esok semua pelajar kesayangan cikgu khususnya calon2 PMR 2012 akan bertarung dan berjuang dalam memulakan langkah untuk menentukan haluan yang gemilang pada masa depan...

Saranan cikgu...kalau boleh tidurlah awal  malam ni dan sila pastikan segala kelengkapan untuk berjuang untuk esok hari telah tersedia... contohnya alat tulis yang secukupnya, kad pengenalan diri dan juga slip peperiksaan jangan lupa nak bawa pula tau...!!!Nanti mesti akan mengganggu kelancaran perjalanan peperiksaan korang semua nanti...ok?

Last but not least...cikgu doakan semoga kalian semua diberikan pertolongan oleh Allah s.w.t dan kelapangan hati agar mudah kalian menjawab peperiksaan itu dengan mudah dan tenang...amin~ Akhir sekali... KEJAYAAN ADALAH DICIPTA DARIPADA ORANG BIASA MELALUI CARA YANG LUAR BIASA...!!!ANDA HEBAT DAN PASTI BOLEH...!!!


t