Followers

Wednesday, October 07, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2009...!!!

Assalamualaikum wbt...cikgu eila ucapkan kepada semua warga SMKSK terutama sekali kepada anak-anak murid cikgu yang akan menghadapi peperiksaan PMR 2009 pada pagi ini. diharapkan kalian dapat melakukan yang terbaik untuk kejayaan kalian untuk masa depan yang cerah.seperti kata pepatah Melayu, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."Mulakan awal urusan dengan doa moga perjalanan yang kalian lakukan hari ini lebih diberkati dan mendapat rahmat dari-Nya..insya-Allah...cikgu eila, cikgu zul dan guru-guru lain akan sentiasa mengiringi kalian dengan doa serta restu moga kalian berjaya hendaknya...amin...akhir sekali pesanan cikgu..."Jangan biarkan kedua ibu dan bapamu menangis kerana kegagalanmu..tetapi biarkanlah mereka menangis kerana kejayaanmu...sekian, wassalam...

Tuesday, October 06, 2009

Tips Menghadapi Peperiksaan




1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…

Kemahiran Belajar



A. KEMAHIRAN MEMBACA
Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

1. Membaca secara BERHATI-HATI
* Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
* Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
* Elakkan gangguan radio dan televisyen

2. Membaca secara MENYELURUH
o Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
o Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
o Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3. Membaca secara BERULANG-ULANG
o Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
o Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
o Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA
o Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
o Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
o Udara sekitar mestilah mencukupi
o Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5. Berasa dalam KEADAAN selesa
o Duduk dengan betul
o Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
o Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

6. Baca secara PERPERINGKAT
o Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
o Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
o Gunakan kaedah 1 husband 6 wives :
WHY
WHICH
WHERE
WHEN
WHO
WHAT
HOW
o Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.

8. CATATKAN isi yang dibaca
o Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
o Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.

9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
o Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
o Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
o Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
o Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
o Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.

B. KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:
1. Kemahiran MENDENGAR
o Digunakan semasa proses pembelajaran
o Boleh dilakukan serentak
o Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

2. Kemahiran MEMBACA LAJU.
o Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
o Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
o Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

3. Kemahiran MENULIS
o Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
o Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
o Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.

4. Catatkan KATA KUNCI sahaja.
o Memilih isi-isi penting sahaja.
o Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
o Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

5. NOTA RINGKAS dan padat
o Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
o Nota yang ringkas dan padat boleh menyegarkan ingatan kamu
o Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.

6. Gunakan PERKATAAN sendiri
o Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
o Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
o Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.

7. Faham setiap KATA KUNCI
o Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
o Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.

C.KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

1. HAFAL isi yang dibaca
o Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
o Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”

2. Isi DISUSUN dengan betul
o Sebutkan isi yang kamu hafal
o Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

3. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
o Pastikan turutan isi betul
o Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
o Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

4. UJI kemampuan daya ingatan
o Di sini kamu perlu memainkan dua watak :
1. Penyoal
2. Penjawab
o Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
o Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

5. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
o Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
o Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

6. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
o Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
1. Sebelum tidur
2. Selepas tidur
o Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.

7. Menggunakan Kaedah AKROSTIK
o Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.
Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang
Contoh: Jenis Kata:
Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana

8. Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN
o Gantikan fakta kepada bentuk cerita
Lemak, Vitamin, Pelawas, Air,
Garam Mineral, Protein, Karbohidrat
Contoh: Kelas Makanan
Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat

9. Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR
o Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
o(654320789)
Contoh:
654…..320……789

10. Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
o Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
o Pilih lagu yang paling kamu gemari.
o Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.

11. Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
o Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
o Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.

12. Menggunakan KAEDAH AKRONIM.
oReptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia
oMenggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
RIMBA
oContoh: Pengelasan Haiwan

Thursday, September 17, 2009

Puasa Si Miskin..."Cukup Memberi Pengajaran Kepada Saya"

Sekadar renungan diRamadhan yang indah ini...........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik?"

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang
jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang
lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras
untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat
kegembiraan
sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia
memberitahu
aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang
makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku
datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu
aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh
tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,
dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang
telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula
untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah
lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang
hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging
yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa
Kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

t