Followers

Wednesday, May 18, 2011

Program Hari Ibu...9 Mei 2011

Selepas berjaya melaksanakan Program Wisata Mega II ke Putrajaya, SMK Sungai Kob telah berjaya juga mengadakan sambutan Hari Ibu yang diadakan tidak kurang meriahnya juga. Seramai lebih 40orang ibu2 telah hadir mengambil bahagian bagi menjayakan program pada hari ini yang bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang insan yang telah melahirkan seterusnya membesarkan kita semua..











































Selamat Hari Guru Kepada Insan Yang Bergelar Cikgu...!!!

Daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir."(Riwayat Al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah)

Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang.


Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya. Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Riwayat Al-Bazzar)

i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :

a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai 'bodoh sombong' maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

قَالَ لَهُ ۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدً۬ا
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?
(Surah At-Kahf 18: Ayat ke 66)

Akhir kalam...pengorbanan dan jasa seorang guru itu amatlah besar...daripadanyalah bermula sebuah kehidupan "seseorang" sama ada peguam, doktor, jurutera, angkasawan, pemimpin negara dsb. Tiada apa yang diminta oleh seorang guru kepada anak-anak muridnya melainkan kejayaan yang dicapai oleh anak-anak didiknya serta ingatan dan doa yang berpanjangan...insyaAllah~

Susu Terakhir Buat Si Kecil


Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah... **Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Wednesday, May 11, 2011

Ambil Iktibar...Hentikan Buli...!!!!


Apakah salah dan dosa pelajar ini sehingga diperlakukan sebegitu rupa oleh rakan2 sekelas yang tidak berperikemanusiaan?Ke manakah hilangnya sifat INSAN yang dianugerahkan TUHAN dengan AKAL YANG WARAS untuk BERFIKIR yang mana BAIK dan yang mana BURUK?!Sungguh tidak boleh diterima dek akal dengan apa yang berlaku kepada pelajar ini....siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini...?!!!Adakah GURU?KAUNSELOR?PENGETUA?SEKOLAH?IBUBAPA?MASYARAKAT?PELAJAR ITU SENDIRI?Jawapannya...tepuk dada...tanyalah akal yang waras anda sendiri...renung2kan~

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu....!!! Istimewa Untuk Insan Yang Ku Panggil Mama...

Mama...
Tiada kata yang dapat ku ucapkan kepadamu...
Hanya melainkan ucapan kudus syukur kepada Penciptaku...
Di atas anugerah yang telah diberikanNya kepadaku...
Seorang insan seistimewa dirimu...
Tanpamu mama...siapalah aku di dunia ini...
Tanpamu mama...tiadalah hela nafasku kini...
Tanpamu mama...tiada tangisan kegembiraan di atas kejayaan dalam hidupku selama ini...
Mama...
Sesungguhnya aku begitu mengagungkanmu...
Pada setiap kepayahan, kesukaran dan kesusahan yang telah kau tempuhi...
Yang terkadangkala tidak terpikul dipundakmu...
Mama...
Ketabahanmu membesarkan kami adik beradik sangat menginsafkan ku...
Bahawa ku sedar betapa besarnya pengorbananmu mendidik kami adik beradik sehingga menjadi insan berguna...
Mama...
Tidak pernah terpamer di wajahmu kekesalan dan sungutan...
Dalam melayan kerenah kami semua...
Tidurmu mama hanya sekadar lena yang seketika...
Jagamu mama membanting tenaga melunaskan kerja...
Mama...
Leteranmu menjadi gurindam halwa telingaku...
Nasihatmu menjadi azimat sakti hatiku...
Belaianmu menjadi sentuhan mistik jiwaku...
Senyumanmu menjadi penawar dukaku...
Tangismu menjadi racun bisa sukmaku...
Mama...
Andai dapat ku undur masa...
Inginku sentiasa berbaring diribaanmu...
Agar lolos semua gundah yang bersarang di jiwaku...
Inginku peluk erat tubuh mu itu..
Agar damai terasa hingga ke dasar hatiku...
Mama...
Di wajahmu kini telah terbit garis-garis usia...
Lambang kentalnya jiwa luhurmu membesarkan kami...
Simbol suci dan luhurnya jiwa Ar-Rahman dan Ar-Rahim...
Mama...
Tiada apa yang ku pinta kini mama...
Hanya selautan doa mengiringi kesejahteraan dirimu...
Agar Rabbul'izzati memayungkan Ar-RahmahNya di ubun2mu...
Semoga berbahagia dan sejahteralah dirimu mama di kejauhan...
Doa daripada anakmu yang tercinta....Amin~

Monday, May 09, 2011

Lawatan Mega II Ke Putrajaya 6-7 Mei 2011

Pada 6-7 Mei 2011, warga SMK Sungai Kob seramai lebih 1300 orang pelajar, guru, kakitangan sekolah serta waris pelajar telah mengikuti rombongan Belajar Sambil Melawat ke sekitar Putrajaya dan juga Shah Alam. Banyak tempat yang telah dilawati seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tasik Putrajaya, Bangunan Istana Kehakiman, Taman Wetland, Monumen Alaf Baru, Kompleks Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Masjid Putrajaya, Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Sepang Circuit, I-City dan banyak lagi.


Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Sekitar masjid daripada luar

Sekitar lokasi belakang bangunan masjid

Sekitar hadapan bangunan masjid

Sekitar Tasik Putrajaya...bersebelahan masjid...menarikkan?

Cikgu Sanisah, Cikgu Halimaton dan juga Cikgu Sarah bersama-sama pelajar
sedang menikmati sarapan pagi.

Apa agakmya yang sedang dibualkan oleh Cikgu Sanisah?hihi.

Team kerja yang bertungkus lumus menghasilkan banner untuk
Wisata Mega II.

Beberapa orang guru yang turut menyerikan suasana merasmikan banner...hehe.

Kenangan manis di Putrajaya...

Rombongan yang disertai sebanyak 33 biji buah bas itu yang diketuai oleh pengetua sekolah iaitu En. Ahmad Sulong bin Ismail bertolak daripada sekolah pada pukul 11 malam pada hari Jumaat,6 Mei 2011 dan tiba di R&R Sungai Buloh & Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 4.30 am, untuk berhenti bersiap dan solat Subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Rombongan tiba di Putrajaya pada pukul 7.00 am di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk bersarapan dan bergambar bersama-sama warga SMK Sungai Kob sebelum berpecah mengikut lokasi kumpulan yang telah ditetapkan.

Warga sekolah bergambar kenangan di hadapan masjid

Semua warga sekolah kelihatan ceria dapat bergambar kenangan
bersama-sama banner..hihi.

Masing-masing menunggu giliran untuk bergambar kenangan.

Barisan guru-guru mengambil giliran untuk bergambar kenangan
bersama-sama dengan Tuan Pengetua.

Tuan Pengetua dilihat begitu teruja sekali pada hari tersebut...

Tuan Pengetua memberikan arahan untuk pelajar mengambil giliran bergambar...

Di Taman Wetland

Di kawasan tasik Taman Wetland

Info berkaitan angsa putih yang terdapat di kawasan tasik berdekatan.

Di Taman Penghayatan Alam

Replika buaya di Taman Penghayatan Alam

Koleksi alat untuk menangkap ikan.

Replika kura-kura.

Replika burung.

Replika Burung Kunyit Kecil.

Replika burung.

Berposing selepas selesai melawat menaiki trem.

Pemandangan Masjid Putrajaya daripada jauh.

Kompleks Seri Perdana kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.

Pemandangan daripada luar Kompleks Seri Perdana.

Para pelajar sedang menuju masuk ke dalam kediaman Perdana Menteri.

Pandangan hadapan di kediaman rasmi Perdana Menteri.

Pandangan bangunan Pusat Pentadbiran Putrajaya yang terletak bertentangan dengan Kompleks Seri Perdana.

Pandangan daripada balkoni Seri Perdana menghadap ke kawasan tasik berhampiran.

Pelajar bergambar kenangan di sebatang replika pokok epal lampu neon.

Masjid Putrajaya.

Sepang Circuit.

Para pelajar sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh pihak Sepang Circuit.

Cikgu Eila & Cikgu Sarah di hadapan sebuah model kereta antik.

Cikgu Eila, Cikgu Sarah & Cikgu Wani...=)

Seorang pelajar di samping model kereta antik yang dipamerkan.

Foto Tun Dr. Mahathir sewaktu mengadakan lawatan ke Sepang Circuit.

Muzium Automobil Nasional, Sepang.

Sekitar kawasan litar.

Pemandangan sebelah kiri litar.

Para pelajar merasai pengalaman berada di tempat duduk litar walaupun
tiada perlawanan lumba kereta F1 diadakan.

Singgah di Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk solat Maghrib
dan juga makan malam sebelum bertolak ke I-City.

Panorama indah menyaksikan keindahan Rumah Allah.

Merupakan salah sebuah masjid yang terbesar di Asia Tenggara.

Rombongan diakhiri di I-City yang merupakan taman yang bertemakan lampu neon sebagai tarikan serta Snowalk yang berupa rumah salji tiruan sebagai antara tarikan utama pengunjung ke situ. Kebanyakkan pengunjung terutama sekali warga sekolah tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman berada di dalam rumah ais tiruan tersebut. Di samping itu bergambar kenangan di sekeliling kawasan I-City yang penuh dengan lampu neon yang berwarna-warni.

Pelbagai jenis lampu neon yang sangat menarik terdapat di I-City.

Deretan replika pokok yang dipenuhi lampu neon serta pelbagai lagi jenis
replika2 lain yang terdapat di I-City yang begitu mengujakan para pengunjung yang datang.

Di Snowalk inilah terdapatnya rumah salji tiruan yang menjadi antara
tarikan utama pengunjung ke sini.

Replika patung Snowman.

Salah seorang pelajar sedang bergambar di hadapan Replika Kereta Labu Cinderella.

Bergambar kenangan bersama pelajar di dalam rumah salji tiruan Snowalk.

Replika pokok Krismas.

Ukiran kiub2 ais yang sangat menarik.

Cantikkan? =)

Comel sangat2....

Rumah ais.

Istana Salju.

Sangat cantik..!!

Pengalaman yang diperolehi oleh kebanyakkan warga SMK Sungai Kob ini adalah merupakan pengalaman manis yang sukar dilupakan bagi mereka yang baru pertama kali menjejak kaki ke sini.

t