Followers

Thursday, April 14, 2011

Berita Harian Online | 160,000 termasuk penagih remaja jalani pemulihan


160,000 termasuk penagih remaja jalani pemulihan 2011/04/14

PUTRAJAYA: Lebih 160,000 pengguna dan penagih dadah termasuk remaja berusia 14 tahun kini sedang menjalani rawatan dan khidmat nasihat secara sukarela di 30 Klinik Cure and Care 1Malaysia (C&C) dan Pusat Khidmat Cure and Care (CCSC) di seluruh negara, sejak setahun lalu. Perkara ini dinyatakan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Zubaidah Mohamad.

Kalau anda tengok sedutan berita di atas...apa yang anda fikirkan?Adakah anda juga merupakan salah satu daripada golongan yang disebutkan di atas?Fikir2kan...

Wednesday, April 13, 2011

Rahsia Di Sebalik Tandatangan

Tanda tangan amat penting untuk seseorang kerana banyak urusan urusan yang memerlukan kita untuk menurunkan tanda tangan untuk tujuan pengesahan, autograf, dan sebagainya. Dan kebanyakan dari kita tidak tahu menilai tanda tangan dan kita cuma menilai tanda tangan secara luaran. Kenapa tanda tangan sangat penting? Mungkin ada yang tidak tahu tandatangan boleh menujukkan personaliti seseorang.

Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan:


1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan

Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan

Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan

Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan

Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan

Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka nama mereka. Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan

Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung

Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat melenting.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama

Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

16 Fakta Tentang Tidur Yang Perlu Anda Tahu

1. Apa yang berlaku ketika anda tidur?Otak anda pemulihan semula dengan sendirinya di samping mengeluarkan hormon2 penting dalam badan.
2. Waktu tidur yang diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza-beza mengikut peringkat umur.
3. Sewaktu tidur kaum lelaki lebih banyak bermimpi kaum sejenis mereka berbanding kaum wanita yang bermimpi kaum wanita dan lelaki, sama rata.
4. Kita hanya boleh bermimpi muka orang yang kita telah lihat sama ada kita iangat mukanya atau tidak.
5. Parasomnia adalah sejenis bentuk gangguan tidur yang menyebabkan kita melakukan sesuatu tanpa sedar.
6. Sebanyak 12% orang bermimpikan mimpi hitam putih.
7. Bermimpi adalah normal.


8. Gaya tidur anda nelambangkan personaliti anda..
a. Bayi: seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.

b. Tidur mati/kayu balak: suka bersosial

c. Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan

d. Baring menegak: Boleh dijadikan tempat mengadu

e. Meniarap/terbang bebas: menghiburkan

f. Starfish: pendengar terbaik

9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan

10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur atau berjaga malam. Dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. Kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.


11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.


14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.

15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

16. 1 daripada remaja masih lagi kencing malam...hehe.

Sunday, April 10, 2011

Tips Menghadiri Temuduga



PERSIAPAN AWAL

Persiapan awal sebelum menghadiri temuduga :-
(a) Datang tepat pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan dengan membawa bersama surat panggilan temuduga.
(b) Sediakan satu fail khas yang mengandungi dokumen asal seperti berikut :-
– Sijil Angkatan tentera / Sijil Tamat Perkhidmatan (bagi Bekas/Pesara Tentera sahaja)
– Kad Pengenalan
– Surat Beranak
– Sijil Persekolahan termasuk sijil Berhenti Sekolah dan Keputusan Peperiksaan.
– Lesen Memandu (bagi Jawatan Pemandu sahaja)
– Sijil-sijil kemahiran / kursus yang dihadiri (jika ada)

2. SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA



Sila ambil perhatian semasa menghadiri temuduga mengenai perkara-perkara berikut :-
(a) Berpakaian kemas, berbaju lengan panjang serta berseluar panjang yang sesuai warnanya dan pakaian mestilah digosok terlebih dahulu.
(b) Kasut mestilah berkilat dan memakai sarung kaki. Kasut-kasut jenis getah seperti kasut warna putih, kasut sukan dan kasut berbelang mestilah dielakkan.
(c) Rambut hendaklah di sikat rapi dan tidak berambut panjang.
(d) Jika menyimpan misai / jambang, hendaklah dikemaskan dengan dirapi.
(e) Elakkan memakai sebarang wangian yang terlalu kuat baunya sehingga mengganggu orang lain terutama sekali penemuduga.

3. SEBELUM MEMASUKI BILIK TEMUDUGA
Sebelum memasuki bilik temuduga mestilah memastikan perkara berikut :-
(a) Sila lapor diri kepada kakitangan yang bertugas
(b) Dapatkan angka giliran atau senarai nombor temuduga.
(c) Mestilah bersiap sedia pada bila-bila masa jika nama dipanggil mestilah segera menampilkan diri.

4. MEMASUKI BILIK TEMUDUGA
Ketika memasuki bilik temuduga, pastikan perkara-perkara berikut dilakukan :-
(a) Ketuk pintu terlebih dahulu. Jika jawapan diterima ‘Sila Masuk’ barulah masuk
(b) Setelah masuk, sila tutup pintu dengan cermat dan jangan menutup pintu dengan kuat.
(c) Berikan ucapan salam ‘Assalamualaikum’ kepada panel yang beragama islam manakala Selamat Pagi / Petang bagi / kepada panel yang bukan beragama islam.
(d) ‘Sila Duduk’ bila diarahkan duduk.
(e) Duduk dengan bersopan iaitu badan ditegakkan, tangan diletakan kebawah atau ke atas paha dan kaki diluruskan kebawah. Elakkan melakukan perkara-perkara berikut :-
- Menyilang kaki semasa duduk
- Menyandar di kerusi dengan tangan menungkat dagu.
- Duduk dengan tubuh yang tidak lurus.

PERHATIAN
Elakkan dari membawa masuk perkara tidak perlu seperti sampul surat, beg, topi keledar dan sebagainya.

5. SEMASA DITEMUDUGA
Semasa ditemuduga perkara-perkara berikut mestilah dilakukan
(a) Serahkan fail yang mengandungi dokumen-dokumen asal.
(b) Bercakap dengan nada yang rendah, bersopan dan teratur.
(c) BERCAKAP DENGAN JELAS DAN TERANG
(d) Bercakap setelah pihak penemuduga telah selesai berkata-kata
(e) Menjawab soalan-soalan yang dikemukan dengan jelas dan terang. Jangan menjawab secara meleret-leret atau secara berjela-jela.
(f) Jangan melakukan kesalahan-kesalahan berikut semasa ditemuduga :-
- Bercakap dengan nada yang kuat dan tidak bersopan.
- Menjawab soalan dengan air muka yang marah dan tidak bersopan.
- Bercakap dengan menggerakan tangan atau tubuh
- Menjawab soalan yang tidak ditanya oleh pihak penemuduga
- menjawab soalan secara meleret-leret
- Ketawa terlalu kuat
- Menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitive

6. SETELAH SELESAI TEMUDUGA
Setelah selesai temuduga dijalankan, sila lakukan perkara-perkara berikut :-
(a) Sila ucapkan terima kasih kepada pihak penemuduga
(b) Sila bangun dari tempat duduk dengan cermat dan elakkan menarik kerusi yang boleh mengeluarkan bunyi.
(c) Bergerak secara perlahan dan cermat kearah pintu dan buka serta tutup pintu dengan cermat.

7. DILUAR BILIK TEMUDUGA
Setelah berada di luar bilik temuduga, ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut :-
(a) Dapatkan kembali dokumen-dokumen asal yang berkemungkinan telah diserahkan kepada kakitangan bertugas.
(b) Elakan dari berbincang dengan rakan-rakan diluar bilik temuduga.

NOTA
Untuk makluman, semua perkara yang telah dijelaskan diatas akan diberi markah mengikut susunan di bawah :-
1. Perwatakan / personaliti
2. Kelayakan
3. Percakapan dan menjawab soalan termasuk persembahan
4. Lain-lain seperti :
Pengetahuan Am, Kesopanan, Kesetiaan, Minat , Dedikasi, Sokongan dan sebagainya.
Kesemua markah yang digariskan di atas adalah mengikut keperluan dan kehendak Kementerian/Jabatan

Tips Menyediakan Resume



Bagaimanakah yang dikatakan resume yang baik? Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian.

1. Elak dari melakukan typo error atau kesalahan menaip. Periksa semula.

2. Gunakan perkataan yang hebat dan tepat menunjukkan kualiti yang ada pada anda.

3. Jangan masukkan info yang tidak perlu, seperti tinggi, berat badan, nama ibu bapa, bilangan adik-beradik dan seumpamanya.

4. Resume sepatutnya 2 hingga 3 mukasurat.

5. Gunakan bullet points dan perenggan untuk menyampaikan maklumat dengan ringkas.

6. Ingat. Pegawai Sumber Manusia yang membaca resume pemohon adalah juga manusia biasa. Jikalau anda cemerlang sebelum ini, tetapi tidak dapat menarik minat mereka membaca resume anda, maka semuanya tidak berguna.

7. Terangkan keunikan diri anda. Jika semua yang memohon mempunyai kelayakan akademik @ jumlah tahun pengalaman yang sama, kenapa anda yang patut dipilih?

8. Cetak resume anda di atas kertas putih dengan. tulisan bersaiz 10 @ 12, dan guna satu jenis stail tulisan (contohnya: Times New Roman), hanya bold pada kepala dan sub-kepala perenggan, juga cetak menggunakan pencetak yang baik.

Saya mencadangkan anda menyiapkan resume dengan menggunakan format dalam jobstreet.com kerana ia adalah yang terbaik setakat yang pernah saya temui.

Dengan mendaftar dan meletakkan resume di www.jobstreet.com.my anda boleh memohon secara online.

Walaubagaimanapun, jobstreet juga menyediakan kemudahan download resume tersebut ke format Word untuk dicetak.

Selamat mencuba.

Sajak Ibu..



Kasihnya ibu membawa ke syurga...kasihi dan hargailah ibu kita sementara dia masih ada...

Filem pendek 'Hargai ibubapa'



Kepada semua pelajar yang cikgu kasihi...hayatilah video ini...semoga ia dapat menjadi iktibar kita bersama...insyaAllah...

t