Followers

Monday, June 20, 2011

Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-20








KAPA.

Rumah Panglima.

Kadet Polis.


Rumah Pahlawan.

Puteri Islam.

Rumah Pendekar.

PBSM.

Maskot Rumah Laksamana.

Alolo....comelnye dia...=)


Pandu Puteri.

Rumah Satria.

KRS.











Lintas hormat.



Barisan Penolong Kanan & guru2 kanan.

Barisan emcee & Mr. PA System...=)

Pn. Norfazilah Baharudin dan pelajar bertungkus lumus menyiapkan piala kejohanan untuk pemenang.

Tuan Pengetua mengiringi YDP PIBG, Pn. Zarina


Upacara menaikkan bendera kejohanan.


Mengetuai bacaan ikrar kejohanan.





Persembahan seni mempertahankan diri oleh pelajar.

Persembahan gendang cina...

Sukan Mini untuk pelajar2 Pendidikan Khas.






Cikgu Ya excited kayuh basikal...=)

Ni kes mengelat ni...orang lain sume kayuh basikal...sorang2 dia je pergi tolak basikal tu...hihi








Saturday, June 18, 2011

Istimewa Untukmu Abah.....


Abah....
Telah lama dikau pergi...
Serasa baru semalam ku lihat engkau tersenyum penuh makna pada diriku...
Tanda bangga anakmu ini telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading...
Namun...jauh di sudut hatiku tertanya...
Adakah dikau sempat untuk melihat pula anakmu ini menggenggam segulung ijazah Abah...?
Namun....
Takdir menentu segalanya...
Aku hanya merancang...tetapi Yang Maha Kuasa jua yang menentukan...
Tanggal 16 Mei 2005...
Dikau pergi buat selama-lamanya abah....
Luluh dan remuk redam hatiku....
Mama telah hilang tempat bergantung...
Aku dan adik-adik menjadi yatim setelah pemergianmu menghadap Ilahi...
Lemah langkahku...longlai jejakku...
Abah...pergimu ku akhiri dengan kucupan dingin wajahmu...
Sebelum dikau hilang dari pandanganku buat selama-lamanya...
Abah...
Hari-hariku sunyi....
Tanpa teman bicara..
Sudah tiada lagi ku dengar keluhan dan ngomelan dari mulutmu tentang kenakalan adik-adikku yang sedang meniti dewasa...
Sudah tiada lagi suara garau yang mengejutku di waktu pagi
Sudah tiada siapa lagi yang menghantar dan mengambilku pulang daripada kuliah...
Abah...
Saatku menggenggam segulung ijazah...
Hanya kenangan bersamamu sahaja yang menemaniku...
Sayangnya detik kini ku bergelar guru tidak sempat kau saksikan...
Sehingga ke saat ini tidak sedetik pun ingatanku jauh daripadamu Abah...
Hanya Kalimat suci yang mampu ku sedekahkan untukmu...
Selamat Hari Bapa Abah...
Walau dikau jauh di mata...
Namun percayalah...tempatmu terlalu istimewa di hati ini......
Al-Fatihah~



t