Followers

Sunday, April 10, 2011

Tips Menyediakan Resume



Bagaimanakah yang dikatakan resume yang baik? Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian.

1. Elak dari melakukan typo error atau kesalahan menaip. Periksa semula.

2. Gunakan perkataan yang hebat dan tepat menunjukkan kualiti yang ada pada anda.

3. Jangan masukkan info yang tidak perlu, seperti tinggi, berat badan, nama ibu bapa, bilangan adik-beradik dan seumpamanya.

4. Resume sepatutnya 2 hingga 3 mukasurat.

5. Gunakan bullet points dan perenggan untuk menyampaikan maklumat dengan ringkas.

6. Ingat. Pegawai Sumber Manusia yang membaca resume pemohon adalah juga manusia biasa. Jikalau anda cemerlang sebelum ini, tetapi tidak dapat menarik minat mereka membaca resume anda, maka semuanya tidak berguna.

7. Terangkan keunikan diri anda. Jika semua yang memohon mempunyai kelayakan akademik @ jumlah tahun pengalaman yang sama, kenapa anda yang patut dipilih?

8. Cetak resume anda di atas kertas putih dengan. tulisan bersaiz 10 @ 12, dan guna satu jenis stail tulisan (contohnya: Times New Roman), hanya bold pada kepala dan sub-kepala perenggan, juga cetak menggunakan pencetak yang baik.

Saya mencadangkan anda menyiapkan resume dengan menggunakan format dalam jobstreet.com kerana ia adalah yang terbaik setakat yang pernah saya temui.

Dengan mendaftar dan meletakkan resume di www.jobstreet.com.my anda boleh memohon secara online.

Walaubagaimanapun, jobstreet juga menyediakan kemudahan download resume tersebut ke format Word untuk dicetak.

Selamat mencuba.

Sajak Ibu..



Kasihnya ibu membawa ke syurga...kasihi dan hargailah ibu kita sementara dia masih ada...

Filem pendek 'Hargai ibubapa'



Kepada semua pelajar yang cikgu kasihi...hayatilah video ini...semoga ia dapat menjadi iktibar kita bersama...insyaAllah...

Friday, April 08, 2011

Tips Mengatasi Lupa


Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Tips Mengatasi Kemurungan Diri


Ada lima faktor digunakan bagi mendiagnosis kemurungan.

Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.

Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).

"Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.

Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.

Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri.

Simptom kemurungan

>Rasa sedih dan lekas marah.
>Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.
>Kurang selera makan.
>Sukar tidur atau terlebih tidur.
>Pergerakan yang lembap.
>Keletihan dan kurang tenaga.
>Rasa bersalah.
>Sukar memberi tumpuan

Cara mudah melepaskan kemurungan:

>Keluar berjalan-jalan di luar rumah.
>Penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas.
>Membela haiwan peliharaan.
>Luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif seperti menulis atau melukis.
>Jauhkan diri dari pusat beli belah.
>Bersenam.
>Berehat dan mendengar muzik.
>Tidur
>Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga.
>Mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan aliran darah.
>Jangan hadapi tekanan dengan makan berlebihan.
>Makanan seimbang dan vitamin B kompleks boleh bantu kawal kemurungan.
>Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
>Teh suam boleh menenangkan perasaan.
>Tukar tanggapan anda pada setiap perkara.
>Minta penjelasan secara terus untuk elak keraguan.
>Lupakan kekecewaan dulu dan ingat kenangan indah.
>Jangan buat keputusan penting ketika murung untuk elak anda melakukan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan.
>Menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawa bagi menceriakan hari anda.
>Buat segera perkara yang boleh melegakan perasaan.
>Perlahankan rentak hidup dan cuba berehat.

KEAJAIBAN TAHUN 2011



Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yg jarang berlaku dlm setahun iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11 & 11/11/11 serta bukan itu sahaja,cuba ambil 2 nombor terakhir dimana Tahun kita dilahirkan dan tambah dgn umur kita pada tahun ini keputusannya ialah 111...buat semua org..!!!..ada lagi 1 keajaiban...

Tuesday, April 05, 2011

Tips Menangani Kritikan


Tak ada orang yang senang menerima kritikan. Bagaimana pun hebatnya seseorang itu, ia pasti tak akan kebal daripada kritikan. Ini disebabkan oleh:

Pertama, kerana tak ada manusia yang sempurna dan luput daripada kesalahan.
Kedua, banyak orang yang senang mengkritik, meskipun mereka tahu dikritik itu tidak enak. Memang tidak semua kritikan itu benar. Namun, bagaimana anda menangani kritikan supaya ia sebaliknya dapat mendorong memperbaiki peribadi anda.

1–Menahan diri daripada marah
Marah adalah tanda atau perasaan semulajadi yang mengatakan bahawa anda sedang dikritik. Yakinlah setiap orang memang berhak mengutarakan pendapatnya. Biarpun wajah anda merah padam, usahakanlah agar tidak marah. Bila anda tidak lulus pada langkah ini, maka langkah-langkah berikutnya hampir mustahil dapat membantu anda memperbaiki diri.

2–Terimalah kritikan dengan sikap terbuka dan positif
Mungkin kritikan itu salah, namun pengkritik menganggapnya benar. Bersikaplah terbuka, bila perlu ubahlah pandangan si pengkritik. Fahami keberatannya untuk menerima pandangan anda.

3–Jangan masukkan kritikan ke dalam hati
Meskipun anda bersikap terbuka, bukan bererti anda selalu memasukkan kritikan ke dalam hati dan menjadikannya sebagai urusan pribadi. Hal ini sama saja dengan menyiksa diri anda sendiri. Mungkin kritikan tersebut ditujukan pada usaha, produk, staf anda, bukan pribadi anda. Ingatlah anda perlu menjaga hubungan jangka panjang. Bila kritikan ditujukan secara tidak proporsional, ternyatalah ketidakmampuan pengkritik menyampaikan kritiknya.

4–Mintalah keterangan lebih spesifik
Fahami bahwa mungkin kritikan itu benar. Jadi cubalah untuk memahami dan meminta keterangan yang lebih spesifik mengenai apa yang dikritik. Ini bermanfaat bagi anda dan pengkritik agar dapat melihat situasi yang sebenarnya.

5–Jangan balas kritik dengan kritik
Tugas anda adalah menangani kritikan agar anda dapat meraih lebih banyak kebaikan dan manfaat daripada kritikan itu. Membalas kritik dengan kritik sama dengan menyuburkan perdebatan yang tidak perlu. Anda takkan dapat memadamkan api dengan api. Akhirnya yang terjadi hanya abu hangus saja.

6–Tanyailah diri sendiri pembaikan apa yang dapat anda lakukan?
Dengan demikian anda mampu melihat kritikan sebagai pembaikan bagi diri sendiri, sekaligus mendapatkan keuntungan daripadanya. Jadi, kekadang kritik lebih baik daripada pujian.

7–Mintalah pendapat daripada orang lain
Bila anda tidak yakin dengan sesuatu kritikan, mintalah pendapat dari orang lain yang benar-benar tulus. Pendapat mereka dapat membantu anda mengenal bahagian mana daripada kritikan itu yang benar atau mengelirukan.

8–Biasakan diri anda dengan kritikan
Membiasakan diri dengan kritikan bererti menanganinya dengan tenang dan positif. Jangan segan untuk mengucapkan terima kasih atas kritikan, meskipun tidak semuanya benar. Namun begitu, perhatian pengkritik terhadap sesuatu isu patut dihargai.

t