Followers

Thursday, January 07, 2010

Tatapan Untuk Adam & Hawa...


Saya suka sangat tengok jari-jemari Isteri,bakal isteri saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa. Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukannya cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta! Saya suka sangat tengok body teman wanita saya solid betul. Sungguh! Seb ab itu saya belikan dia telengkung supaya masa 'dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala syoknya! Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, 'Apa ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya. Saya sedih tengok dia selalu pesan macam- macam; "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok nanti awak sakit saya juga yang susah hati bla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh berdosanya saya! Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta- cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sa yang di akhirat, ber'dating'di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya. Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf- menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal bersama selama- lamanya, di syurga nanti. Amin "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Khas Untuk Wanita...


WANITA TANAH - Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari). *seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal. *Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. *Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. *Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. *Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana. *Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. WANITA API - Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember). *Dilahirkan sebagai pemimpin *Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. *Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. *Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. *Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris. *Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. *Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. WANITA ANGIN - Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari). *Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. *Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. *Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. *Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. *sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi. *Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. *Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. WANITA AIR - Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac). *Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. *Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. *Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. *Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Semak Tarikh Lahir Anda..



No. berapakah anda (tarikh lahir) Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1 Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2 Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3 Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4 Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5 Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7 Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8 Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9 ______________________________________________________________ no.1 ---- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8. no.2 ---- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9. no.3 ---- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9. no.4 ---- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8. no.5 ---- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9. no.6 ---- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9. no.7 ---- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2. no.8 ---- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4. no.9 ---- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3,5,6.

Gelang Zamrud


Average vote: 0 (based on 0 votes)
Ezza menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada diPenang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Pezal suaminya yang tercinta akan pulang. Sengaja Ezza mengambil cuti kerja setengah hari.. hari ini anak anaknya Ziana dan Padil siang siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Pezal.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu.. malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Alhamdullilah.. walaupun perkahwinannya dengan Pezal mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Ezza tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Ezza anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Pezal yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Ezza faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Pezal tidak akan dapat membahagiakan Ezza anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Pezal sebagai kerani. Tetapi Ezza sudah nekad. Dia tahu PezaL bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya Pezal sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Pezal menyintainya sepenuh hati. Perlahan Ezza mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Ezza diijab kabulkan dengan Pezal dalam majlis yang penuh ceria. "Assalamualaikum......" kedengaran suara memberi salam. Ezza tersentak. "Abang! Walaikumsalam..." senyumnya melebar melihat Pezal dibelakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Ezza. "Terperanjat Za!Bila abang masuk? Za tak dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Za!" Pezal membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Ezza. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Pezal. Mungkin Pezal beli "perfume" yang baru dari Penang, fikir Ezza. "Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Pezal. "Habis kereta abang?". "Pada Mofazha..." jawab Pezal. "Oh patutlah.." Ezza hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada Mofazha.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mofazha menumpang kereta Pezal. Sementara Jatt rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Abdul Samad rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jatt tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...." tanya Ezza. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jatt, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. "Nanti dia datang......." ujar Pezal. "Mana budak budak Za...?" tanya Pezal. "Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu....main basikal satu hari." "Basikal?" tanya Pezal. "Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.." jawab Ezza sambil meletakkan milo ais kegemaran Pezal di depannya. "Abang laparlah..belum makan. Za masak apa?". "Ah.... Za masak lauk favourite abanglah..." senyuman Ezza melerek. "Kari kapitan?" teka Pezal. " Apa lagi......" "Bagus jugak tu... Za siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang....". "Habis dengan mamanya tak rindu ke?" usik Ezza. "Tersangatlah rindu....." jawab Pezal lalu mengucup dahi isterinya lagi. Ezza tersenyum melihat Pezal berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Pezal yang penyayang. Pezal terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Pezal merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Pezal fikirkan. Dia tahu.. Ezza seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Ezza dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Ezza masuk ke bilik anak anaknya perlahan lahan. Sempat dia melihat Pezal menyeka airmata. Ezza hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Pezal menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Ezza walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Ezza. "Bang... kenapa ni...?" Pezal mengangkat muka memandang Ezza. "Za...kalau apa apa jadi pada abang.. Za jagalah anak anak kita baik baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya..." ujar Pezal lembut. "Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Za dah siapkan tue". Za janji dengan abang dulu...." rayu Pezal. Ezza merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Pezal hari ini. Tidak pernah seingatnya Pezal berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Za janji.." akhirnya Ezza bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. "Za...abang ada belikan Za sesuatu...." ujar Pezal sambil menyeluk pokek seluarnya. "Eh......gelang zamrud...." senyum Ezza tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan. "Za ingat tak gelang nie?". Gembira benar hati Pezal melihat keriangan di wajah Ezza. "Ingat!!!!!" Ezza mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Za suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Za. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Za. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli...". Terpegun Ezza mendengar cerita Pezal. Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Pezal masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Pezal selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Ezza memeluk suaminya. "Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Pezal ke telinga Ezza. "I love you too.." balas Ezza. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. "Jatt agaknya tu...." bisik Pezal. "Tak pa. Biar Za yang buka pintu..." Ezza bangun melepaskan pelukannya. "Za...."Pezal menyambar tangan Ezza. "I love you...very very much....." Pezal mengucup tangan Ezza.. penuh kasih. "Me too.." jawab Ezza pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jatt dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jatt. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik Ezza. Jatt hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa. "Zaa...can you please sit down..", pinta Jatt. Ezza mengerut dahi. Apa kena dengan si Jatt ni agaknya? detik hatinya. "Please...I have something very important to tell you..." pinta Jatt lagi. Ezza semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jatt tertunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Za...apa pun yang Jatt nak sampaikan ni.. Jatt nak Za sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang..." perlahan ayat yang keluar dari mulut Jatt. "Apa yang you merepek ni Jatt?". Teka teki terus bermain di benak Ezza. "Za.......Pezal....Pezal kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Za..." tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jatt. Ezza tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Jatt lakonkan nie..mengarut betul? Pezal kan ada di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jatt...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat..." balas Ezza. "I'm serious Za.....Jatt yang saksikan sendiri.. "Ezza terpegun. Mana mungkin Jatt berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri... "Jatt.....apa yang Jatt repekkan ni...Pezal kan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia" ...."Apa? Pezal dah balik?" terbeliak mata Jatt. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Pezal di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Pezal dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Pezal dibawa ke hospital dengan diikuti Mofazha dan Abdul Samad, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Pezal. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Ezza sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mofazha untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Pezal pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Pezal pulang ke rumah? "Jatt...you dengar tak apa Za cakap? Pezal dah balik..." Ezza mengejutkan Jatt dari lamunannya. "Za...Jatt tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jatt sendiri yang melihat kejadian itu. Pezal meninggal di pangkuan Jatt... "Bohong...Pezal dah balik...Nanti biar Za panggil dia...." Ezza semakin binggung. Apa tujuan Jatt ..bercerita yang bukan bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Pezal tiada di situ. Ah! Tentu Pezal di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Pezal. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu PezaL mungkin ke sana. Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari.. Ezza terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jatt sampaikan? Mimpikah dia? Jatt hanya memerhati gerak geri Ezza. Pilu hatinya melihat Ezza berlari ke sana sini mencari Pezal yang dikatakan sudah pulang. "Za...arwahnya mengamanatkan sesuatu..." Jatt menghulurkan kotak berwarna merah. Ezza hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga. Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Ezza. "Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jatt pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je suara yang keluar dari mulut Jatt. Ezza memandang Jatt. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Pezal. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Pezal membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Pezal menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Ezza. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Ezza?. Apakah benar keterangan Ezza bahawa Pezal sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Ezza? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Ezza hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Pezal sudah tiada....sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Ezza menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Ezza masih mengharap akan kepulangan Pezal.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Pezal tiba di rumah.. barulah Ezza yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.

Diari...


Cerita Diari Intan 1982......... 27 oktober 1982 1.00 tengahari hari ni intan balik sekolah. letih. intan jalan kaki. 2 kilometer. jauh. sakit kaki intan. tapak kasut intan pun dah haus, hujung kasut pun dah berlubang. kasut nilah yang intan ada sejak 2 tahun lepas. itupun makcik siti, jiran sebelah rumah intan yang bagi. kawan-kawan pun selalu ejek intan tak basuh baju. intan bukan tak basuh baju. tapi baju intan dah lusuh. warna putih baju sekolah intan pun dah kekuningan. dah setahun lebih intan pakai baju ni. intan ada satu baju ni je. intan balik rumah. intan letih. intan lapar. intan cari makanan, tapi tak ada. tadi kat sekolah intan tak makan. memang intan tak makan kat sekolah sebab intan tak ada duit. mak tak bagi intan duit sekolah sebab mak tak ada duit. mak belum balik lagi. mak pergi kerja. selalunya lepas mak balik menoreh, mak ambil upah cuci pinggan di warung pakcik rahmat. petang baru mak balik. kadang-kadang mak bawak balik makanan lebihan dari warung pakcik rahmat. dapatlah buat makan malam untuk intan dengan mak. selalunya intan dapat makan sehari sekali je. kadang-kadang tak dapat makan. intan lapar. tapi intan dah biasa tak makan. kalau dapat makan roti pun intan tak kisah. 3.00 petang intan baca buku. intan siapkan kerja sekolah. intan kemas rumah. intan basuh baju. nanti mak balik mak tak payah basuh baju lagi. kesian mak. mak selalu balik rumah, letih. kadang-kadang mak terus tertidur lepas ajar intan mengaji. tadi izah datang ajak intan main masak-masak. intan tengah sidai baju. intan nak ikut izah main, tapi mak dah pesan supaya intan jangan pergi mana-mana. mak tak bagi intan main jauh-jauh. mak pesan, lebih baik intan duduk rumah sebab nanti bila mak balik tengok intan tak ada, mak risau. intan tau mak sayang intan. mak tak bagi intan masak sendiri sebab mak risau intan tak pandai nyalakan kayu api. kadang-kadang mak masak telur dan nasi putih pagi-pagi. tapi kalau tak ada beras atau telur, mak tak masak. intan tunggu mak balik baru intan makan. selalunya mak balik ada makanan. pakcik rahmat bagi mak upah $3 sehari. bolehlah mak beli beras dan telur. kalau ada duit lebih mak beli kicap. intan pun malas nak ikut izah main. nanti kalau intan main, intan lapar, tak ada makanan. intan tidur lepas siapkan kerja sekolah dan basuh baju. 7.30 malam intan bangun tidur. intan cari mak. mesti mak tengah masak. tapi mak tak ada pun. intan panggil mak, mak tak jawab pun. mesti mak tengah mandi kat perigi belakang rumah. intan buka tudung saji, tak ada makanan. hari dah nak gelap. intan nak pasang lilin. tapi lilin tinggal satu. mak tak balik lagi agaknya. intan simpan dulu lilin tu sampai hari gelap. nanti dah gelap baru intan pasang. kalau intan pasang sekarang nanti lilin habis, nanti malam dah tak ada lilin pulak. intan angkat kain. baju dah kering. intan duduk kat tangga tunggu mak balik. 9.00 malam mak masih tak balik lagi. intan takut. hari dah gelap. intan rasa nak pergi cari mak. mungkin tayar basikal mak pancit. kesian mak. intan takut nak keluar rumah. kat luar gelap. lilin tinggal separuh. harap-harap mak balik bawak lilin. sementara tunggu mak, intan duduk lipat kain depan pintu. intan tengok arah jalan. nanti mak balik mesti intan nampak mak dari jauh sebab mak selau pakai tudung putih. tudung tu je yang mak ada. intan lapar sangat. intan tunggu mak balik, mesti hari ni mak sibuk kat warung. mungkin ramai pelanggan. mesti banyak pinggan mak kena basuh. selalu kalau banyak pinggan dan mak balik lewat, pakcik rahmat bagi mak duit upah lebih. kadang-kadang $5 kadang-kadang $7 tapi mak tak pernah balik lewat macam ni. kesian mak, mesti banyak pinggan mak kena basuh. 11.00 malam mak tak balik lagi. intan takut. lilin tinggal sikit sangat. kejap lagi mesti lilin padam. mana mak ni? intan dah ngantuk. tapi intan risau mak tak balik lagi. mesti tayar mak pancit kat tengah jalan ni. nanti kalau mak balik mesti mak marah sebab intan tak tidur lagi. mak kata budak kecik mesti tidur pukul 9.30 malam esok nak sekolah. tapi intan selalu susah nak tidur. tiap-tiap malam pukul 9.30 intan baring... bila intan kata tak boleh tidur, mak akan ceritakan tentang arwah abah intan. mak kata arwah abah intan baik. arwah abah intan sayang intan. mak kata arwah abah nangis masa intan sakit sebab arwah abah tak ada duit nak bawa intan pergi klinik. masa tu mak dan arwah abah intan tak ada duit. intan sakit teruk sampai nangis tak keluar suara. arwah abah nangis sebab dah putus asa. arwah abah nak pinjam duitsana sini tapi tak dapat. arwah abah intan baik. tapi intan tak ingat macam mana muka arwah abah intan sebab arwah abah intan meninggal masa intan umur 2 tahun. mak... mana mak ni? lilin dah padam... 28 oktober 1982 9.00 pagi. rumah intan bising-bising. ramai orang baca quran, baca yasin. intan bangun. tak sangka malam tadi intan tertidur. intan pergi dapur cari mak. mak tak ada. jiran-jiran intan pandang intan. mesti sebab intan belum mandi. makcik siti peluk intan. intan malu sebab intan busuk. intan tanya makcik siti, mana mak intan? makcik siti diam. intan lari ke ruang tamu. intan nampak mak intan baring. orang bungkus mak intan. nampak muka mak je. mak tidur. kesian mak penat. pukul berapa agaknya mak balik semalam. nenek tijah datang cium dahi mak. intan beritahu nenek tijah, jangan kacau mak tidur sebab mak letih, semalam mak balik lambat. intan nampak pakcik rahmat. mesti pakcik rahmat ni datang nak suruh mak intan basuh pinggan kat warung dia. tak nampak ke mak intan tengah tidur? tak tau ke mak intan letih semalam balik lambat? intan nampak cikgu intan. alamak! mesti cikgu intan nak marah intan sebab intan tak pergi sekolah hari ni. intan bangun lambat sebab semalam intan tunggu mak sampai lewat malam. mak pun tak kejutkan intan macam selalu. sebab mak letih sangat agaknya. mak pun tak bangun lagi. 10.00 pagi paklong datang. paklong kata intan akan tinggal kat rumah dia. intan suka. rumah paklong ada bekalan elektrik. tak payah pakai lilin. mesti intan dan mak seronok tinggal kat rumah paklong. tapi maklong garang. intan tak suka maklong. "intan duduk dengan paklong ya?" "pindah rumah paklong?" intan tanya paklong. "intan tak suka?" "suka! nanti intan kejut mak, suruh mak kemas baju ya, paklong tunggu sekejap" intan terus lari kejut mak. "mak...paklong ajak duduk dengan paklong mak, cepatlah kemas baju mak" "mak..." "mak......" intan panggil mak lagi. makcik siti peluk intan lagi. makcik siti nangis. mesti makcik siti sedih sebab kami dah nak pindah sebab makcik siti kawan baik mak. mak tak bangun. kesian mak letih sangat. "kita tunggu mak bangun lah paklong, mak letih, malam tadi mak balik lambat" makcik siti nangis makin kuat. paklong usap-usap rambut intan. "mak intan tak kan bangun lagi, mak intan dah tak ada, paklong jaga intan ya?" "kenapa mak tak ada?" paklong diam. "mak intan dah ikut abah intan" makcik siti lap airmata dia. dia peluk intan lagi. "mak mati ke paklong?" paklong diam. "nanti mak kena tidur dengan abah kat dalam tanah?" paklong diam lagi. 28 oktober 1999. hari ni genap 17 tahun mak tinggalkan intan. rindu benar intan pada mak. rindu benar intan pada rumah ni. juga pada diari ni. lepas mak pergi, intan tinggal dengan paklong. panglong meninggal 3 tahun lepas masa intan kat US . masa tu intan tak dapat balik sebab exam. Terima kasih paklong. Jasa baik paklong besarkan intan sejak intan darjah 2 akan intan kenang sampai bila-bila. semoga roh paklong dicucuri rahmat. Mak, intan dah balik. intan balik nak ubah nasib kita. tapi sayang mak tak dapat bersama intan kecapi kejayaaan ni. intan rindu mak. kecil benar dunia ni mak, masa intan kat US , intan jumpa Imran. intan sayangkan dia. dia dah janji nak nikahi intan. intan dah jumpa keluarga dia. kalau mak kenal pakcik saad kampung seberang tu, itulah bakal mertua intan. tapi apa yang membawa intan kembali kerumah ini ialah kisah silam yang pakcik saad ceritakan pada intan semalam. pakcik saad kata, petang tu dekat pukul 7 malam. dia terlanggar mak masa mak tengah naik basikal nak balik kerumah. patutlah intan tunggu mak sampai tengah malam mak tak balik-balik. intan tau tu semua takdir, mak. tapi intan jadi marah bila pakcik saad kata dia panik. dia ketakutan. sebab tulah lepas dia langgar mak, dia terus lari tinggalkan mak. dia betul-betul tak berhati perut mak. tak ada perikemanusiaan langsung. berkali-kali dia lahirkan kekesalan dan rasa bersalah. tapi hati intan tak boleh menerimanya, mak. intan tau Imran tak bersalah, tapi Intan tak boleh terima pakcik saad yang bunuh mak intan sebagai mertua intan. pakcik saat bunuh impian intan, bunuh masa depan intan, bunuh mak intan. Intan benci pakcik saad. Intan benci Imran. Intan harap Imran faham. Kalau Imran rasa sakit menanggung derita kerana kehilangan Intan disaat dia perlukan Intan, Intan lebih sakit lagi menanggung derita kehilangan mak satu masa dulu kerana perbuatan tak bertanggungjawab pakcik saad. Hati Intan masih tak dapat maafkan pakcik Saad, mak! Tak mungkin Intan sekuat itu untuk memaafkan dia.

Cantiknya Seorang Wanita Itu...


Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam Cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan. Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

TAHNIAH UNTUK PARA PELAJAR PMR 2009


Assalamualaikum cikgu eila ucapkan kepada semua anak-anak murid yang cikgu sayangi. pertama sekali cikgu nak ucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar semua yang telah mendapat keputusan yang cemerlang baru-baru ini walaupun ada di antara kalian yang kurang bernasib baik. tapi tidak mengapa...jangan patah semangat dan juga putus asa. kerana jalan kejayaan masih lagi terbentang luas untuk kalian andai kata kalian masih lagi tidak menyimpang daripada laluan yang kalian lalui sekarang ini.ingatlah...bahawasanya KEJAYAAN ITU TIDAK PERNAH KENAL SESIAPA DAN JUGA TIDAK MEMILIH SESIAPA PUN DI ANTARA KALIAN MELAINKAN KALIAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH TANPA KENAL ERTI JEMU...!!!Doa cikgu cuma satu...agar kalian berjaya di dunia dan juga di akhirat dalam apa jua bidang yang kalian ceburi kini dan akan datang...amin..sesi orientasi Tingkatan 4 akan berakhir pada hari ini. kalian pun telah ditempatkan di kelas-kelas yang selayaknya dengan keputusan yang kalian terima. justeru, cikgu harap agar kalian jangan jadikan tahun ini sebagai tahun "honeymoon" dan tidak serius untuk belajar.jadikan tahun ini sebagai permulaan untuk memperbaiki dan juga mempertingkatkan usaha untuk kalian mencapai apa yang kalian impikan dalam hidup.akhir kata cikgu sudahi dengan wassalam...

t