Followers

Wednesday, March 30, 2011

Memori


Secara umumnya, memori atau ingatan anda terbahagi kepada dua iaitu memori jangka masa pendek dan memori jangka masa panjang.

Memori jangka masa pendek adalah sesuatu yang anda ingat dalam jangka masa yang singkat. Contohnya, jika anda berkenalan dengan seorang kawan baru, setelah beliau memperkenalkan nama beliau, belum sampai beberapa jam pun anda sudah lupa nama tersebut. Sama juga seperti semasa anda belajar di dalam kelas. Katakan cikgu anda mengajar subjek sejarah hari ini. Anda rasa anda faham apa yang cikgu anda ajarkan. Tetapi, esok atau 2 hari selepas itu, anda sudah lupa apa yang cikgu ajarkan tadi. Kadang-kadang, anda rasa macam anda tidak pernah dengar tentang apa yang diajarkan itu. Pelik bukan? Tidak pelik sebenarnya. Itu menunjukkan bahawa apa yang anda pelajari itu cuma singgah di memori jangka masa pendek anda sahaja.

Memori jangka masa panjang pula ialah sesuatu yang anda boleh ingat dalam jangka masa yang lama. Contohnya, anda ingat nama kawan baik anda bukan? Pernahkah anda satu hari datang ke sekolah dan lupa apa nama kawan baik anda itu? Sudah tentu tidak pernah (melainkan anda menghidap penyakit lupa).

Jika anda mahu mengingat apa yang anda pelajari supaya anda boleh jawab soalan peperiksaan dengan baik, anda perlu tahu bagaimana caranya untuk memindahkan maklumat dalam memori jangka masa pendek anda ke memori jangka masa panjang. Jika selama ini anda rasa anda mudah lupa apa yang anda pelajari, ia tidak bermaksud daya ingatan anda lemah. Ia tidak bermaksud otak anda lembab atau anda seorang yang bodoh. Ia cuma bermaksud anda belum mahir dalam teknik untuk memindahkan maklumat daripada memori jangka masa pendek ke memori jangka masa panjang. Setelah anda kuasai teknik-teknik ini nanti, anda akan rasa lebih mudah mengingat atau menghafal apa yang telah anda pelajari.

Mengapa fakta yang anda pelajari cuma singgah di memori jangka masa pendek sahaja? Satu sebab utamanya ialah anda tidak melakukan usaha memindahkan fakta ke memori jangka masa panjang dengan sengaja. Apa yang saya ingin katakan di sini ialah, jika anda pelajari sesuatu yang baru, fakta itu tidak akan masuk ke memori jangka masa panjang dengan sendirinya. Anda perlu lakukan sesuatu dengan sengaja untuk memindahkannya.

Contohnya, katakan Ustaz anda baru mengajar lima rukun Islam. Dengan sekali mendengarnya sahaja, fakta itu cuma akan berada di memori jangka masa pendek anda. Anda mungkin akan lupa kesemuanya pada keesokan harinya. Satu cara yang anda boleh lakukan untuk memindahkannya ke memori jangka masa panjang ialah dengan membaca dengan kuat kelima-lima rukun Islam itu berulang-ulang kali.

Pengulangan adalah salah satu teknik berkesan untuk memindahkan fakta ke memori jangka masa panjang. Jadi anda perlu ingat, tanpa membaca semula apa yang anda pelajari, anda tidak akan dapat ingat dalam apa yang anda pelajari hingga ke hari peperiksaan. Namun, berkenaan perkara ini, ada satu soalan popular yang sering diajukan kepada saya.

Soalannya ialah, kenapa ada sesetengah pelajar boleh ingat dengan mudah apa yang dipelajari walaupun mereka hanya mendengar sekali sahaja? Jawapannya ialah, cara pelajar ini mendengar tidak sama dengan cara pelajar biasa mendengar. Maksudnya, pelajar ini mempunyai teknik mereka sendiri semasa mendengar apa yang diajarkan oleh guru di depan kelas.

Contohnya, apabila mereka mendengar cikgu bercerita tentang pencemaran sungai, fikiran mereka akan aktif menukarkan apa yang mereka dengar kepada bentuk gambar. Mereka seolah-olah dapat melihatrupa sungai- sungai yang tercemar dan apa yang menyebabkannya. Kita lebih mudah ingat gambar, jadi pelajar ini terus dapat mengingat apa yang diterangkan oleh guru mereka tentang pencemaran sungai tadi.

Kemahiran Mencatat Nota


Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran-kemahiran berikut:

1. Kemahiran mendengar.
· Digunakan semasa proses pembelajaran.
· Boleh dilakukan serentak.
· Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

2. Kemahiran membaca laju.
· Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
· Menjimatkan masa mendapatkan idea-idea utama.
· Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

3. Kemahiran menulis.
· Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sia sahaja.
· Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
· Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipat gandakan
usaha anda.

4. Catatkan kata kunci sahaja.
· Memilih isi-isi penting sahaja.
· Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman anda.
· Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

5. Nota ringkas dan padat.
· Nota yang dibuat mesti anda fahami sendiri.
· Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan anda.
· Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan anda.

6. Gunakan perkataan sendiri.
· Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan anda.
· Hal ini kerana nota anda adalah hak anda.
· Hanya anda yang faham apa yang anda tulis.

7. Faham setiap kata kunci.
· Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan anda.
· Masa akan terbuang dan usaha anda adalah sia-sia sahaja jika nota
yang dibuat tidak difahami.

Sunday, March 27, 2011

Karnival Jom Masuk U di Ipoh - 26 Mac 2011

Seronok juga la dapat join student2 ni g Ipoh...walaupun penat tapi puas hati la...dapat juga release tention...hihi.Apapun kepada student2 dan ex-xtudent yang join program ni tempoh hari...you are excellent guys...hihi.semua baik2 belaka...harap anda semua mendapat manfaat melalui aktiviti ini..sayang u ols...~



Time ni tengah ambil attendant sebelum naik bas...ada juga yang breakfast siap2 sebelum bas bertolak...


Semua kusyuk dengar nama disebut Cikgu Sanisah..


Cikgu Agila tengah sibuk uruskan pelajar dan juga makanan...


Sebahagian pelajar yang sedang menunggu sebelum bertolak...


Kumpulan bekas pelajar lepasan SPM 2010..


Amboi Cikgu Sanisah...belum sempat naik bas pun...dan lagi nak berposing ye....hihi


Pelajar telah mula beransur menaiki bas...


Sebahagian pelajar di dalam bas...


Semua tengah standby sebelum bas bergerak...nampak excited pulak muke sorang2...hihi


"Agak2nye bila la bas ni nak gerak...aku xsabar dah nak borong beg2 kat ekspo tu..."hihi


"Tempat ini seperti pernah ku lihat...tapi di mana ya...?"kata Fitri kepada Syazwan.


Nak try catwalk pulak dia...hihi


Nak jadi photographer jap...hihi.


Bagi pelajar lepasan SPM 2010..anda bolehlah menyemak status kelayakan anda memilih kursus di IPTA tempatan dengan melayari http://imascu.upu.mohe.gov.my







Di universiti inilah dulu cikgu menimba ilmu di menara gading...

Ceria betul Cikgu Agila dapat pergi Karnival ni...hihi






Siapa yang ada impian untuk memasuki USM bolehlah ikut langkah2 ini ye...

























Tanda mercu Bandaraya Ipoh..




Kakak ni baru balik daripada karnival ke balik daripada shopping?hihi.

Wednesday, March 23, 2011

Corat Coret Sepanjang Penyerahan Keputusan SPM 2010...

Tangisan kegembiraan...keputusan yang tidak disangka2...

Cikgu Yuhanis bersama anak2 muridnya...

Tengok jangan tak tengok....(cam iklan senario dah pulak...hihi)

Pelajar2 5 Sains 1 sedang berbaris panjang untuk mengambil slip masing2...dah macam nak beli tiket wayang pulak dah...hihi..

Cikgu Tan Kent Eng dan pelajar2nya...

En. Lah bersama2 wakil daripada Kolej Komuniti, Kulim.

Nampak macam takut je kawan kita ni nak ambil result...hihi.

Busynyer Cikgu Rosdi...hehe

Cikgu Danaraj dan bekas pelajar 5 Elit...

Cikgu Zaida masih lagi menunggu kehadiran pelajar2nya...

Apa agaknya yg diperkatakan oleh Cikgu Hafiza kepada pelajar2nya...hehe.

t