Followers

Sunday, January 24, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI PERTAMA 2010

En. Ahmad Sulong bin Ismail - Tuan Pengetua
En. Ahmad Baharudin bin Man – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Ishak bin Amin – Penolong Kanan Petang
En. Zulkifli bin Ahmad –Guru Bimbingan dan Kaunseling
Pn. Norfaziela Binti Mohd Mokhtarudin – Guru Bimbingan dan Kaunseling
Cik Agila a/p Maniam – Guru Bimbingan dan Kaunseling
Cik Sanisah Binti Salleh @ Man
Pn. Rohaya bt Said
Pn. Syuhairah bt Ahmad Puzairi
Pn. Norazelin bt Siran
Pn. Muneswary a/p Athenarayanan
Pn. Malar a/p Pandian
Pn. Madziah bt Bahari
Pn. Parameswari a/p Sinnaiah
Cik. Suhasmin bt Mat Isa
Pn. Mohana a/p Vengirasamy
Pn. Siti Nor Rohayu bt. Othman
En. Yahaya bin Salleh
En. Abdul Halim bin Sharif
Setiausaha lembaga disiplin
Semua Penyelia Tingkatan

Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas :

2. Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada :
Tarikh : 27. 01. 2010 ( Rabu )
Masa : 1. 10 Petang
Tempat : Bilik Wawasan

3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1. Perutusan Pengerusi
3.2 Perancangan Unit Bimbingan dan Kaunseling 2010
3.3 Isu-isu semasa
3.4 Hal-hal lain
3.5 Ucapan Penangguhan

Sekian, terima kasih.

Thursday, January 21, 2010

Persoalan Biasa Tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling



* Adakah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu saya?
Ya, perkhidmatan kami bukan hanya membantu
menyelesaikan masalah. Malah kami juga membantu anda mengenali potensi diri sendiri.
* Adakah guru kaunselor saya boleh dipercayai?
Ya, guru kaunselor anda merupakan seorang
yang profesional dan berke,ahiran dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
* Adakah saya akan dihukum atau didenda selepas mendedahkan perasaan saya?
Tidak, anda tidak akan dihukum atau didenda.
sebaliknya anda akan mendapat bantuan dan bimbingan daripada guru kaunselor anda.
* Adakah rahsia saya akan dibocorkan atau didedahkan kepada orang lain?
Tidak, segala maklumat adalah dirahsiakan
mengikut peraturan kaunseling.

Khusus Untuk Kesihatan Wanita

Bertukarlah kepada pad herba Avail Beauty. 100% kapas semulajadi.Pad herba Avail Beauty ini diperbuat daripada 100% kapas semulajadi. Pad ini nipis walaupun untuk kegunaan siang kerana kapas mempunyai kadar serapan yang sangat tinggi berbanding pulpa kayu ataupun lebih dikenali sebagai paper pulp.
Pad ini mengandungi ramuan herba seperti:-
* Mai Fang Stone (Talcum) = Menghilangkan bau dan mencegah jangkitan.
* Menthae Herb (Papermint) = Mencegah kegatalan, mengurangkan rasa tidak selesa.
* Ming Fang (Alumen) = Menyingkirkan toksid, membuang angin perut, menghentikan
pendarahan, mencegah kesakitan.
* Bing Pian (Borneol) = Menghilangkan bekuan darah, mencegah kesakitan.
* Kuai Mu You (Agrilariae Lignum) = Mencegah jangkitan, melegakan kesakitan
pinggang.

KEBAIKAN DAN FAEDAH PAD HERBA AVAIL
PAD HERBA YANG MENGANDUNGI 17 HERBA ASLI TERPILIH
Antara kebaikan dan faedah pad herba ini ialah:-


* Memulih dan mengimbangi sistem kitaran haid
* Mengurangkan risiko dan mengecutkan ketumbuhan fibroid
* Mengelakkan risiko kanser servik dan penyakit radangan pelvik
* Memberi kestabilan dan kelegaan untuk gejala menopause
* Merendahkan risiko kolon dan buasir
* Mengelakkan risiko kehilangan rahim
* Mengeluarkan darah nifas kotor dan gumpalan darah dalam rahim
* Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin
* Mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria pada faraj dan pundi kencing
* Mengurangkan bau hanyir, kegatalan, ruam dan sakit senggugut
* Mengeluarkan keputihan, kekuningan dan membuang angin (mengikut faraj)

Antara kegunaan lain ialah:-
* Untuk bayi, tampal pada lampin pakai buang untuk mencegah ruam dan kanser alat
kelamin
* Sakit kepala atau migrain ( tampal pada dahi )
* Luka, melecur, sakit sendi, kebas, sakit pinggang dan badan ( tampal pada
tempat yang sakit )

Healing Crisis ( perangsangan urat saraf )
Perubahan yang boleh dilihat selepas seminggu digunakan:-

* Keputihan keluar dengan banyak
* Kekotoran atau lendir gelap keluar dari faraj dan rahim
* Bau busuk hanyir dan darah yang berketul - ketul dan hitam menunjukkan
jangkitan kuman dan banyak kandungan toksin dalam rahim.

Monday, January 18, 2010

Anda Memerlukan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekiranya Anda...




* Rasa sunyi /tidak ada kawan
* Rasa tertekan
* Pemikiran negatif seperti saya akan gagal peperiksaan walaupun saya belajar bersungguh-sungguh
* Masalah akademik
* Masalah peribadi
* Masalah keluarga
* Masalah disiplin
* Masalah pemilihan kerjaya
* Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
* Masalah penyesuaian diri dalam bersosial dan persekitaran.

Tulang Rusukku...

WA NITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan
juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk
berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah
dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.
....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata
yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima??

Selamat Datang Ke Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sungai Kob, Karangan.

Wednesday, January 13, 2010

Program Orientasi Tingkatan 1 & 4 Sesi 2010

Bermula pada 3 hingga 7 Januari 2010, semua pelajar-pelajar lepasan PMR sesi 2009 yang telah berjaya menempatkan diri di Tingkatan 4 serta pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah menjalankan aktiviti Program Orientasi yang diadakan selama seminggu. Pelbagai aktiviti yang telah disusun untuk mereka seperti taklimat daripada guru penyelia Tingkatan 1 & 4, taklimat daripada guru-guru matapelajaran, slot pemilihan aliran & pakej matapelajaran oleh guru-guru kaunselor sendiri, taklimat dari aspek disiplin,hal ehwal pelajar & ko-kurikulum.
Di samping itu,pelajar-pelajar Tingkatan 4 juga turut menerima kehadiran daripada pihak kolej Segatronic yang turut memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar yang ingin mengikuti kursus kemahiran di kolej tersebut sekiranya mereka ingin menamatkan persekolahan dan menjalankan pengajian dalam bidang-bidang kemahiran yang pihak kolej tersebut sediakan.
Program Orientasi sesi 2010 ini ditamatkan dengan pemberian buku teks beserta pembahagian kelas-kelas tingkatan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 kepada guru tingkatan masing-masing. kerjasama daripada semua pihak yang menjayakan program ini terutama sekali ahlijawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru yang terlibat sangat-sangat dihargai.
Seterusnya kepada semua pelajar Tingkatan 1 sesi 2010, "Selamat Datang Ke SMK Sungai Kob..!!".Diharapkan anda dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru dalam melangkah ke alam remaja...Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 pula, mulakanlah langkah dengan catatan dan naskah baru sebagai pelajar yang berdedikasi serta lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, pelajaran dan sekolah. Tingkatkanlah usaha serta perbaiki kesilapan dan juga kelemahan yang telah dilakukan pada sebelumnya. semoga anda berjaya dalam apa juga bidang yang kelian ceburi.Yakin Boleh..!!!

Thursday, January 07, 2010

Antara 9 Siti Yang Terhebat...!!!



1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama. 4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa. 6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah. 7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia. 8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja. 9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t. * 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Nama Dalam Bahasa Jepun..!!


What is your Japanese name? Take each letter of your name and substitute it with the Japanese sound to the right of the letter. Names might be kinda long. >A- ka * B- tu * C- mi * D- te * E- ku * F- lu * G- ji * H- ri * I- ki * J- zu * K- me * L- ta * M- rin * N- to * O-mo * P- no * Q- ke * R- shi * S- ari * T-chi * U- do * V- ru * W-mei * X-na * Y- fu * Z- zi > PLEASE PUT YOUR NAMES IN JAPANESE AND TRY PRONOUNCING IT.... ITS FUN!!!!

Cinta & Kawan...


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia bererti...

Mengumpat...!!!


P/s: Kepada Kaum Hawa janganlah cepat melatah, jadikan ia sebagai pengajaran.Wanita Mengumpat Sukar Di kapan Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalaman itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil.Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil,gemuk atau kurus.Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar."Eh, ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja."Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik saya.Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan bertanya-tanya di mana silapnya.Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum dilantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian masing-masing.Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat di atas rohnya.Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal.Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas. Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya,jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar,liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa? Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga.Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah,cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.Masing-masing menghembus nafas lega. Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah,memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan.Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya. Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah.Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup.Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri.Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali pertama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar,tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya.Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis."Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya.Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah,sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar.Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.

Kisah Aliyah...


Siapa ler mampu jadi macam Aliyah ni..... Aliyah " Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. "Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu- dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah. "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar- benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. ************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ** Kepada: Asraf Mukmin, Suami tersayang... Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah. 1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg... 2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg... 3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg... Abg yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. Abg yang dicintai, Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg. Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Tatapan Untuk Adam & Hawa...


Saya suka sangat tengok jari-jemari Isteri,bakal isteri saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa. Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukannya cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta! Saya suka sangat tengok body teman wanita saya solid betul. Sungguh! Seb ab itu saya belikan dia telengkung supaya masa 'dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala syoknya! Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, 'Apa ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya. Saya sedih tengok dia selalu pesan macam- macam; "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok nanti awak sakit saya juga yang susah hati bla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh berdosanya saya! Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta- cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sa yang di akhirat, ber'dating'di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya. Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf- menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal bersama selama- lamanya, di syurga nanti. Amin "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Khas Untuk Wanita...


WANITA TANAH - Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari). *seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal. *Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. *Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. *Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. *Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana. *Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. WANITA API - Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember). *Dilahirkan sebagai pemimpin *Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. *Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. *Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. *Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris. *Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. *Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. WANITA ANGIN - Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari). *Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. *Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. *Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. *Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. *sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi. *Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. *Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. WANITA AIR - Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac). *Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. *Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. *Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. *Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Semak Tarikh Lahir Anda..



No. berapakah anda (tarikh lahir) Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1 Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2 Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3 Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4 Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5 Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7 Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8 Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9 ______________________________________________________________ no.1 ---- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8. no.2 ---- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9. no.3 ---- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9. no.4 ---- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8. no.5 ---- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9. no.6 ---- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9. no.7 ---- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2. no.8 ---- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4. no.9 ---- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3,5,6.

Gelang Zamrud


Average vote: 0 (based on 0 votes)
Ezza menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada diPenang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Pezal suaminya yang tercinta akan pulang. Sengaja Ezza mengambil cuti kerja setengah hari.. hari ini anak anaknya Ziana dan Padil siang siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Pezal.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu.. malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Alhamdullilah.. walaupun perkahwinannya dengan Pezal mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Ezza tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Ezza anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Pezal yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Ezza faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Pezal tidak akan dapat membahagiakan Ezza anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Pezal sebagai kerani. Tetapi Ezza sudah nekad. Dia tahu PezaL bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya Pezal sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Pezal menyintainya sepenuh hati. Perlahan Ezza mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Ezza diijab kabulkan dengan Pezal dalam majlis yang penuh ceria. "Assalamualaikum......" kedengaran suara memberi salam. Ezza tersentak. "Abang! Walaikumsalam..." senyumnya melebar melihat Pezal dibelakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Ezza. "Terperanjat Za!Bila abang masuk? Za tak dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Za!" Pezal membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Ezza. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Pezal. Mungkin Pezal beli "perfume" yang baru dari Penang, fikir Ezza. "Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Pezal. "Habis kereta abang?". "Pada Mofazha..." jawab Pezal. "Oh patutlah.." Ezza hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada Mofazha.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mofazha menumpang kereta Pezal. Sementara Jatt rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Abdul Samad rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jatt tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...." tanya Ezza. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jatt, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. "Nanti dia datang......." ujar Pezal. "Mana budak budak Za...?" tanya Pezal. "Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu....main basikal satu hari." "Basikal?" tanya Pezal. "Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.." jawab Ezza sambil meletakkan milo ais kegemaran Pezal di depannya. "Abang laparlah..belum makan. Za masak apa?". "Ah.... Za masak lauk favourite abanglah..." senyuman Ezza melerek. "Kari kapitan?" teka Pezal. " Apa lagi......" "Bagus jugak tu... Za siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang....". "Habis dengan mamanya tak rindu ke?" usik Ezza. "Tersangatlah rindu....." jawab Pezal lalu mengucup dahi isterinya lagi. Ezza tersenyum melihat Pezal berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Pezal yang penyayang. Pezal terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Pezal merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Pezal fikirkan. Dia tahu.. Ezza seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Ezza dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Ezza masuk ke bilik anak anaknya perlahan lahan. Sempat dia melihat Pezal menyeka airmata. Ezza hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Pezal menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Ezza walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Ezza. "Bang... kenapa ni...?" Pezal mengangkat muka memandang Ezza. "Za...kalau apa apa jadi pada abang.. Za jagalah anak anak kita baik baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya..." ujar Pezal lembut. "Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Za dah siapkan tue". Za janji dengan abang dulu...." rayu Pezal. Ezza merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Pezal hari ini. Tidak pernah seingatnya Pezal berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Za janji.." akhirnya Ezza bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. "Za...abang ada belikan Za sesuatu...." ujar Pezal sambil menyeluk pokek seluarnya. "Eh......gelang zamrud...." senyum Ezza tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan. "Za ingat tak gelang nie?". Gembira benar hati Pezal melihat keriangan di wajah Ezza. "Ingat!!!!!" Ezza mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Za suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Za. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Za. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli...". Terpegun Ezza mendengar cerita Pezal. Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Pezal masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Pezal selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Ezza memeluk suaminya. "Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Pezal ke telinga Ezza. "I love you too.." balas Ezza. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. "Jatt agaknya tu...." bisik Pezal. "Tak pa. Biar Za yang buka pintu..." Ezza bangun melepaskan pelukannya. "Za...."Pezal menyambar tangan Ezza. "I love you...very very much....." Pezal mengucup tangan Ezza.. penuh kasih. "Me too.." jawab Ezza pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jatt dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jatt. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik Ezza. Jatt hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa. "Zaa...can you please sit down..", pinta Jatt. Ezza mengerut dahi. Apa kena dengan si Jatt ni agaknya? detik hatinya. "Please...I have something very important to tell you..." pinta Jatt lagi. Ezza semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jatt tertunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Za...apa pun yang Jatt nak sampaikan ni.. Jatt nak Za sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang..." perlahan ayat yang keluar dari mulut Jatt. "Apa yang you merepek ni Jatt?". Teka teki terus bermain di benak Ezza. "Za.......Pezal....Pezal kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Za..." tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jatt. Ezza tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Jatt lakonkan nie..mengarut betul? Pezal kan ada di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jatt...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat..." balas Ezza. "I'm serious Za.....Jatt yang saksikan sendiri.. "Ezza terpegun. Mana mungkin Jatt berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri... "Jatt.....apa yang Jatt repekkan ni...Pezal kan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia" ...."Apa? Pezal dah balik?" terbeliak mata Jatt. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Pezal di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Pezal dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Pezal dibawa ke hospital dengan diikuti Mofazha dan Abdul Samad, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Pezal. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Ezza sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mofazha untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Pezal pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Pezal pulang ke rumah? "Jatt...you dengar tak apa Za cakap? Pezal dah balik..." Ezza mengejutkan Jatt dari lamunannya. "Za...Jatt tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jatt sendiri yang melihat kejadian itu. Pezal meninggal di pangkuan Jatt... "Bohong...Pezal dah balik...Nanti biar Za panggil dia...." Ezza semakin binggung. Apa tujuan Jatt ..bercerita yang bukan bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Pezal tiada di situ. Ah! Tentu Pezal di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Pezal. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu PezaL mungkin ke sana. Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari.. Ezza terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jatt sampaikan? Mimpikah dia? Jatt hanya memerhati gerak geri Ezza. Pilu hatinya melihat Ezza berlari ke sana sini mencari Pezal yang dikatakan sudah pulang. "Za...arwahnya mengamanatkan sesuatu..." Jatt menghulurkan kotak berwarna merah. Ezza hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga. Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Ezza. "Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jatt pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je suara yang keluar dari mulut Jatt. Ezza memandang Jatt. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Pezal. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Pezal membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Pezal menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Ezza. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Ezza?. Apakah benar keterangan Ezza bahawa Pezal sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Ezza? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Ezza hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Pezal sudah tiada....sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Ezza menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Ezza masih mengharap akan kepulangan Pezal.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Pezal tiba di rumah.. barulah Ezza yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.

Diari...


Cerita Diari Intan 1982......... 27 oktober 1982 1.00 tengahari hari ni intan balik sekolah. letih. intan jalan kaki. 2 kilometer. jauh. sakit kaki intan. tapak kasut intan pun dah haus, hujung kasut pun dah berlubang. kasut nilah yang intan ada sejak 2 tahun lepas. itupun makcik siti, jiran sebelah rumah intan yang bagi. kawan-kawan pun selalu ejek intan tak basuh baju. intan bukan tak basuh baju. tapi baju intan dah lusuh. warna putih baju sekolah intan pun dah kekuningan. dah setahun lebih intan pakai baju ni. intan ada satu baju ni je. intan balik rumah. intan letih. intan lapar. intan cari makanan, tapi tak ada. tadi kat sekolah intan tak makan. memang intan tak makan kat sekolah sebab intan tak ada duit. mak tak bagi intan duit sekolah sebab mak tak ada duit. mak belum balik lagi. mak pergi kerja. selalunya lepas mak balik menoreh, mak ambil upah cuci pinggan di warung pakcik rahmat. petang baru mak balik. kadang-kadang mak bawak balik makanan lebihan dari warung pakcik rahmat. dapatlah buat makan malam untuk intan dengan mak. selalunya intan dapat makan sehari sekali je. kadang-kadang tak dapat makan. intan lapar. tapi intan dah biasa tak makan. kalau dapat makan roti pun intan tak kisah. 3.00 petang intan baca buku. intan siapkan kerja sekolah. intan kemas rumah. intan basuh baju. nanti mak balik mak tak payah basuh baju lagi. kesian mak. mak selalu balik rumah, letih. kadang-kadang mak terus tertidur lepas ajar intan mengaji. tadi izah datang ajak intan main masak-masak. intan tengah sidai baju. intan nak ikut izah main, tapi mak dah pesan supaya intan jangan pergi mana-mana. mak tak bagi intan main jauh-jauh. mak pesan, lebih baik intan duduk rumah sebab nanti bila mak balik tengok intan tak ada, mak risau. intan tau mak sayang intan. mak tak bagi intan masak sendiri sebab mak risau intan tak pandai nyalakan kayu api. kadang-kadang mak masak telur dan nasi putih pagi-pagi. tapi kalau tak ada beras atau telur, mak tak masak. intan tunggu mak balik baru intan makan. selalunya mak balik ada makanan. pakcik rahmat bagi mak upah $3 sehari. bolehlah mak beli beras dan telur. kalau ada duit lebih mak beli kicap. intan pun malas nak ikut izah main. nanti kalau intan main, intan lapar, tak ada makanan. intan tidur lepas siapkan kerja sekolah dan basuh baju. 7.30 malam intan bangun tidur. intan cari mak. mesti mak tengah masak. tapi mak tak ada pun. intan panggil mak, mak tak jawab pun. mesti mak tengah mandi kat perigi belakang rumah. intan buka tudung saji, tak ada makanan. hari dah nak gelap. intan nak pasang lilin. tapi lilin tinggal satu. mak tak balik lagi agaknya. intan simpan dulu lilin tu sampai hari gelap. nanti dah gelap baru intan pasang. kalau intan pasang sekarang nanti lilin habis, nanti malam dah tak ada lilin pulak. intan angkat kain. baju dah kering. intan duduk kat tangga tunggu mak balik. 9.00 malam mak masih tak balik lagi. intan takut. hari dah gelap. intan rasa nak pergi cari mak. mungkin tayar basikal mak pancit. kesian mak. intan takut nak keluar rumah. kat luar gelap. lilin tinggal separuh. harap-harap mak balik bawak lilin. sementara tunggu mak, intan duduk lipat kain depan pintu. intan tengok arah jalan. nanti mak balik mesti intan nampak mak dari jauh sebab mak selau pakai tudung putih. tudung tu je yang mak ada. intan lapar sangat. intan tunggu mak balik, mesti hari ni mak sibuk kat warung. mungkin ramai pelanggan. mesti banyak pinggan mak kena basuh. selalu kalau banyak pinggan dan mak balik lewat, pakcik rahmat bagi mak duit upah lebih. kadang-kadang $5 kadang-kadang $7 tapi mak tak pernah balik lewat macam ni. kesian mak, mesti banyak pinggan mak kena basuh. 11.00 malam mak tak balik lagi. intan takut. lilin tinggal sikit sangat. kejap lagi mesti lilin padam. mana mak ni? intan dah ngantuk. tapi intan risau mak tak balik lagi. mesti tayar mak pancit kat tengah jalan ni. nanti kalau mak balik mesti mak marah sebab intan tak tidur lagi. mak kata budak kecik mesti tidur pukul 9.30 malam esok nak sekolah. tapi intan selalu susah nak tidur. tiap-tiap malam pukul 9.30 intan baring... bila intan kata tak boleh tidur, mak akan ceritakan tentang arwah abah intan. mak kata arwah abah intan baik. arwah abah intan sayang intan. mak kata arwah abah nangis masa intan sakit sebab arwah abah tak ada duit nak bawa intan pergi klinik. masa tu mak dan arwah abah intan tak ada duit. intan sakit teruk sampai nangis tak keluar suara. arwah abah nangis sebab dah putus asa. arwah abah nak pinjam duitsana sini tapi tak dapat. arwah abah intan baik. tapi intan tak ingat macam mana muka arwah abah intan sebab arwah abah intan meninggal masa intan umur 2 tahun. mak... mana mak ni? lilin dah padam... 28 oktober 1982 9.00 pagi. rumah intan bising-bising. ramai orang baca quran, baca yasin. intan bangun. tak sangka malam tadi intan tertidur. intan pergi dapur cari mak. mak tak ada. jiran-jiran intan pandang intan. mesti sebab intan belum mandi. makcik siti peluk intan. intan malu sebab intan busuk. intan tanya makcik siti, mana mak intan? makcik siti diam. intan lari ke ruang tamu. intan nampak mak intan baring. orang bungkus mak intan. nampak muka mak je. mak tidur. kesian mak penat. pukul berapa agaknya mak balik semalam. nenek tijah datang cium dahi mak. intan beritahu nenek tijah, jangan kacau mak tidur sebab mak letih, semalam mak balik lambat. intan nampak pakcik rahmat. mesti pakcik rahmat ni datang nak suruh mak intan basuh pinggan kat warung dia. tak nampak ke mak intan tengah tidur? tak tau ke mak intan letih semalam balik lambat? intan nampak cikgu intan. alamak! mesti cikgu intan nak marah intan sebab intan tak pergi sekolah hari ni. intan bangun lambat sebab semalam intan tunggu mak sampai lewat malam. mak pun tak kejutkan intan macam selalu. sebab mak letih sangat agaknya. mak pun tak bangun lagi. 10.00 pagi paklong datang. paklong kata intan akan tinggal kat rumah dia. intan suka. rumah paklong ada bekalan elektrik. tak payah pakai lilin. mesti intan dan mak seronok tinggal kat rumah paklong. tapi maklong garang. intan tak suka maklong. "intan duduk dengan paklong ya?" "pindah rumah paklong?" intan tanya paklong. "intan tak suka?" "suka! nanti intan kejut mak, suruh mak kemas baju ya, paklong tunggu sekejap" intan terus lari kejut mak. "mak...paklong ajak duduk dengan paklong mak, cepatlah kemas baju mak" "mak..." "mak......" intan panggil mak lagi. makcik siti peluk intan lagi. makcik siti nangis. mesti makcik siti sedih sebab kami dah nak pindah sebab makcik siti kawan baik mak. mak tak bangun. kesian mak letih sangat. "kita tunggu mak bangun lah paklong, mak letih, malam tadi mak balik lambat" makcik siti nangis makin kuat. paklong usap-usap rambut intan. "mak intan tak kan bangun lagi, mak intan dah tak ada, paklong jaga intan ya?" "kenapa mak tak ada?" paklong diam. "mak intan dah ikut abah intan" makcik siti lap airmata dia. dia peluk intan lagi. "mak mati ke paklong?" paklong diam. "nanti mak kena tidur dengan abah kat dalam tanah?" paklong diam lagi. 28 oktober 1999. hari ni genap 17 tahun mak tinggalkan intan. rindu benar intan pada mak. rindu benar intan pada rumah ni. juga pada diari ni. lepas mak pergi, intan tinggal dengan paklong. panglong meninggal 3 tahun lepas masa intan kat US . masa tu intan tak dapat balik sebab exam. Terima kasih paklong. Jasa baik paklong besarkan intan sejak intan darjah 2 akan intan kenang sampai bila-bila. semoga roh paklong dicucuri rahmat. Mak, intan dah balik. intan balik nak ubah nasib kita. tapi sayang mak tak dapat bersama intan kecapi kejayaaan ni. intan rindu mak. kecil benar dunia ni mak, masa intan kat US , intan jumpa Imran. intan sayangkan dia. dia dah janji nak nikahi intan. intan dah jumpa keluarga dia. kalau mak kenal pakcik saad kampung seberang tu, itulah bakal mertua intan. tapi apa yang membawa intan kembali kerumah ini ialah kisah silam yang pakcik saad ceritakan pada intan semalam. pakcik saad kata, petang tu dekat pukul 7 malam. dia terlanggar mak masa mak tengah naik basikal nak balik kerumah. patutlah intan tunggu mak sampai tengah malam mak tak balik-balik. intan tau tu semua takdir, mak. tapi intan jadi marah bila pakcik saad kata dia panik. dia ketakutan. sebab tulah lepas dia langgar mak, dia terus lari tinggalkan mak. dia betul-betul tak berhati perut mak. tak ada perikemanusiaan langsung. berkali-kali dia lahirkan kekesalan dan rasa bersalah. tapi hati intan tak boleh menerimanya, mak. intan tau Imran tak bersalah, tapi Intan tak boleh terima pakcik saad yang bunuh mak intan sebagai mertua intan. pakcik saat bunuh impian intan, bunuh masa depan intan, bunuh mak intan. Intan benci pakcik saad. Intan benci Imran. Intan harap Imran faham. Kalau Imran rasa sakit menanggung derita kerana kehilangan Intan disaat dia perlukan Intan, Intan lebih sakit lagi menanggung derita kehilangan mak satu masa dulu kerana perbuatan tak bertanggungjawab pakcik saad. Hati Intan masih tak dapat maafkan pakcik Saad, mak! Tak mungkin Intan sekuat itu untuk memaafkan dia.

Cantiknya Seorang Wanita Itu...


Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam Cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan. Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

TAHNIAH UNTUK PARA PELAJAR PMR 2009


Assalamualaikum cikgu eila ucapkan kepada semua anak-anak murid yang cikgu sayangi. pertama sekali cikgu nak ucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar semua yang telah mendapat keputusan yang cemerlang baru-baru ini walaupun ada di antara kalian yang kurang bernasib baik. tapi tidak mengapa...jangan patah semangat dan juga putus asa. kerana jalan kejayaan masih lagi terbentang luas untuk kalian andai kata kalian masih lagi tidak menyimpang daripada laluan yang kalian lalui sekarang ini.ingatlah...bahawasanya KEJAYAAN ITU TIDAK PERNAH KENAL SESIAPA DAN JUGA TIDAK MEMILIH SESIAPA PUN DI ANTARA KALIAN MELAINKAN KALIAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH TANPA KENAL ERTI JEMU...!!!Doa cikgu cuma satu...agar kalian berjaya di dunia dan juga di akhirat dalam apa jua bidang yang kalian ceburi kini dan akan datang...amin..sesi orientasi Tingkatan 4 akan berakhir pada hari ini. kalian pun telah ditempatkan di kelas-kelas yang selayaknya dengan keputusan yang kalian terima. justeru, cikgu harap agar kalian jangan jadikan tahun ini sebagai tahun "honeymoon" dan tidak serius untuk belajar.jadikan tahun ini sebagai permulaan untuk memperbaiki dan juga mempertingkatkan usaha untuk kalian mencapai apa yang kalian impikan dalam hidup.akhir kata cikgu sudahi dengan wassalam...

t