Followers

Wednesday, January 13, 2010

Program Orientasi Tingkatan 1 & 4 Sesi 2010

Bermula pada 3 hingga 7 Januari 2010, semua pelajar-pelajar lepasan PMR sesi 2009 yang telah berjaya menempatkan diri di Tingkatan 4 serta pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah menjalankan aktiviti Program Orientasi yang diadakan selama seminggu. Pelbagai aktiviti yang telah disusun untuk mereka seperti taklimat daripada guru penyelia Tingkatan 1 & 4, taklimat daripada guru-guru matapelajaran, slot pemilihan aliran & pakej matapelajaran oleh guru-guru kaunselor sendiri, taklimat dari aspek disiplin,hal ehwal pelajar & ko-kurikulum.
Di samping itu,pelajar-pelajar Tingkatan 4 juga turut menerima kehadiran daripada pihak kolej Segatronic yang turut memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar yang ingin mengikuti kursus kemahiran di kolej tersebut sekiranya mereka ingin menamatkan persekolahan dan menjalankan pengajian dalam bidang-bidang kemahiran yang pihak kolej tersebut sediakan.
Program Orientasi sesi 2010 ini ditamatkan dengan pemberian buku teks beserta pembahagian kelas-kelas tingkatan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 kepada guru tingkatan masing-masing. kerjasama daripada semua pihak yang menjayakan program ini terutama sekali ahlijawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru yang terlibat sangat-sangat dihargai.
Seterusnya kepada semua pelajar Tingkatan 1 sesi 2010, "Selamat Datang Ke SMK Sungai Kob..!!".Diharapkan anda dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru dalam melangkah ke alam remaja...Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 pula, mulakanlah langkah dengan catatan dan naskah baru sebagai pelajar yang berdedikasi serta lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, pelajaran dan sekolah. Tingkatkanlah usaha serta perbaiki kesilapan dan juga kelemahan yang telah dilakukan pada sebelumnya. semoga anda berjaya dalam apa juga bidang yang kelian ceburi.Yakin Boleh..!!!

No comments:

Post a Comment

t