Followers

Thursday, January 07, 2010

Gelang Zamrud


Average vote: 0 (based on 0 votes)
Ezza menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada diPenang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Pezal suaminya yang tercinta akan pulang. Sengaja Ezza mengambil cuti kerja setengah hari.. hari ini anak anaknya Ziana dan Padil siang siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Pezal.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu.. malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Alhamdullilah.. walaupun perkahwinannya dengan Pezal mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Ezza tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Ezza anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Pezal yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Ezza faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Pezal tidak akan dapat membahagiakan Ezza anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Pezal sebagai kerani. Tetapi Ezza sudah nekad. Dia tahu PezaL bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya Pezal sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Pezal menyintainya sepenuh hati. Perlahan Ezza mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Ezza diijab kabulkan dengan Pezal dalam majlis yang penuh ceria. "Assalamualaikum......" kedengaran suara memberi salam. Ezza tersentak. "Abang! Walaikumsalam..." senyumnya melebar melihat Pezal dibelakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Ezza. "Terperanjat Za!Bila abang masuk? Za tak dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Za!" Pezal membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Ezza. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Pezal. Mungkin Pezal beli "perfume" yang baru dari Penang, fikir Ezza. "Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Pezal. "Habis kereta abang?". "Pada Mofazha..." jawab Pezal. "Oh patutlah.." Ezza hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada Mofazha.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mofazha menumpang kereta Pezal. Sementara Jatt rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Abdul Samad rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jatt tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...." tanya Ezza. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jatt, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. "Nanti dia datang......." ujar Pezal. "Mana budak budak Za...?" tanya Pezal. "Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu....main basikal satu hari." "Basikal?" tanya Pezal. "Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.." jawab Ezza sambil meletakkan milo ais kegemaran Pezal di depannya. "Abang laparlah..belum makan. Za masak apa?". "Ah.... Za masak lauk favourite abanglah..." senyuman Ezza melerek. "Kari kapitan?" teka Pezal. " Apa lagi......" "Bagus jugak tu... Za siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang....". "Habis dengan mamanya tak rindu ke?" usik Ezza. "Tersangatlah rindu....." jawab Pezal lalu mengucup dahi isterinya lagi. Ezza tersenyum melihat Pezal berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Pezal yang penyayang. Pezal terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Pezal merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Pezal fikirkan. Dia tahu.. Ezza seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Ezza dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Ezza masuk ke bilik anak anaknya perlahan lahan. Sempat dia melihat Pezal menyeka airmata. Ezza hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Pezal menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Ezza walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Ezza. "Bang... kenapa ni...?" Pezal mengangkat muka memandang Ezza. "Za...kalau apa apa jadi pada abang.. Za jagalah anak anak kita baik baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya..." ujar Pezal lembut. "Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Za dah siapkan tue". Za janji dengan abang dulu...." rayu Pezal. Ezza merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Pezal hari ini. Tidak pernah seingatnya Pezal berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Za janji.." akhirnya Ezza bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. "Za...abang ada belikan Za sesuatu...." ujar Pezal sambil menyeluk pokek seluarnya. "Eh......gelang zamrud...." senyum Ezza tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan. "Za ingat tak gelang nie?". Gembira benar hati Pezal melihat keriangan di wajah Ezza. "Ingat!!!!!" Ezza mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Za suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Za. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Za. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli...". Terpegun Ezza mendengar cerita Pezal. Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Pezal masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Pezal selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Ezza memeluk suaminya. "Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Pezal ke telinga Ezza. "I love you too.." balas Ezza. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. "Jatt agaknya tu...." bisik Pezal. "Tak pa. Biar Za yang buka pintu..." Ezza bangun melepaskan pelukannya. "Za...."Pezal menyambar tangan Ezza. "I love you...very very much....." Pezal mengucup tangan Ezza.. penuh kasih. "Me too.." jawab Ezza pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jatt dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jatt. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik Ezza. Jatt hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa. "Zaa...can you please sit down..", pinta Jatt. Ezza mengerut dahi. Apa kena dengan si Jatt ni agaknya? detik hatinya. "Please...I have something very important to tell you..." pinta Jatt lagi. Ezza semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jatt tertunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Za...apa pun yang Jatt nak sampaikan ni.. Jatt nak Za sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang..." perlahan ayat yang keluar dari mulut Jatt. "Apa yang you merepek ni Jatt?". Teka teki terus bermain di benak Ezza. "Za.......Pezal....Pezal kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Za..." tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jatt. Ezza tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Jatt lakonkan nie..mengarut betul? Pezal kan ada di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jatt...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat..." balas Ezza. "I'm serious Za.....Jatt yang saksikan sendiri.. "Ezza terpegun. Mana mungkin Jatt berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri... "Jatt.....apa yang Jatt repekkan ni...Pezal kan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia" ...."Apa? Pezal dah balik?" terbeliak mata Jatt. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Pezal di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Pezal dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Pezal dibawa ke hospital dengan diikuti Mofazha dan Abdul Samad, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Pezal. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Ezza sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mofazha untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Pezal pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Pezal pulang ke rumah? "Jatt...you dengar tak apa Za cakap? Pezal dah balik..." Ezza mengejutkan Jatt dari lamunannya. "Za...Jatt tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jatt sendiri yang melihat kejadian itu. Pezal meninggal di pangkuan Jatt... "Bohong...Pezal dah balik...Nanti biar Za panggil dia...." Ezza semakin binggung. Apa tujuan Jatt ..bercerita yang bukan bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Pezal tiada di situ. Ah! Tentu Pezal di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Pezal. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu PezaL mungkin ke sana. Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari.. Ezza terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jatt sampaikan? Mimpikah dia? Jatt hanya memerhati gerak geri Ezza. Pilu hatinya melihat Ezza berlari ke sana sini mencari Pezal yang dikatakan sudah pulang. "Za...arwahnya mengamanatkan sesuatu..." Jatt menghulurkan kotak berwarna merah. Ezza hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga. Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Ezza. "Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jatt pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je suara yang keluar dari mulut Jatt. Ezza memandang Jatt. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Pezal. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Pezal membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Pezal menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Ezza. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Ezza?. Apakah benar keterangan Ezza bahawa Pezal sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Ezza? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Ezza hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Pezal sudah tiada....sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Ezza menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Ezza masih mengharap akan kepulangan Pezal.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Pezal tiba di rumah.. barulah Ezza yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.

No comments:

Post a Comment

t